Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat
Parsi Purba (Iran).
MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk
mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap
kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA
MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan
antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh
hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda
perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber
terbaik untuk antioksidan.
MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu
melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi
diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian
terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan
lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak.
Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan
yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA
BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran
darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan
kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan
tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN
BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima
dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam
Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit.
Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau
penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus
delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah
jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima
selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan
pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada
antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung
melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN
MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas
jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat
pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga
kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah
membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar
prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana
penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER
PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat
memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak
bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin
pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser
kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama
yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang
tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan
pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah,
faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN
GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi
yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar.
Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan
gigi.
MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada
Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum
jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus
pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang
daripada satu sajian setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN
ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini
merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada
pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima
mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti
fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang
baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan
rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan
jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika
diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning
sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan
perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi
secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan
kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat,
gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati
meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa
kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang
sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik
(folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang
belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa
Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung
mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi
bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk
perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi
‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi
oleh ibu mengandung pada waktu malam.
LAGI KHASIAT DELIMA
~Melawan
penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat
'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan
usus dan mengeluarkan keracunan badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan
membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi
hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga,
pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor
TAHUKAH ANDA
?
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam
syurga
sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :"Pada keduanya juga
terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima
atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara
keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas,
akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam
rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang
usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia
dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman
Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota
silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau
rumman, sempena namanya.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan
banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan
ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan
panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter,
atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula,
pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah
California
Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari
kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
PENTINGNYA
WANITA
MENGAMALKAN PATI DELIMA
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit -
merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4.
Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan
terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid
yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara
kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan
cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon
semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat
KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang
pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil
(lawas)
Jus Delima Organik - 1 Liter -
RM140.00 (bukan ahli)
RM105.00 (ahli)
Whatsapp 0175750810 [ Ustaz Zaki}